I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, June 30, 2010

MPPB (DAY 2 n 3)

Day 2 : utk ari ne,, exco helwi terlibat jg ngn Majlis Pembukaan MPPB yang dirasmikan oleh Timbalan Pengarah.

Day 3 : Antara aktiviti yang smpat dirakamkan iaitu LDK drpd Cikgu Ruzaimi. Didapati aktiviti tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan drpd pelatih..





Sekian sahaja untuk hari ini. Terima Kasih.


Monday, June 28, 2010

MPPB (DAY 1)

Salam.. Hari ne merupakan pendaftaran pelajar baru dan bermulalah MPPB..Kesemua Ecxo terlibat dan begitu juga dengan Exco Helwi.. Berikut merupakan antara aktiviti yang sempat dirakamkan :

Aktiviti : Ice Breaking


Berdasarkan pemerhatian kami, kami mendapati bahawa hampir semua pelatih melibatkan diri dalam aktiviti ini. Aktiviti ini diketuai oleh Puan Juliana. Diharapkan agar para pelatih dapat terus melibatkan diri dan "enjoy" dalam mengikuti program @ aktiviti yang diatur selama 1 minggu ini. Sekian.



Sunday, June 20, 2010

Harga Diri Wanita


Renungkanlah..


Jika anda seorang wanita sejati, anda patut berasa rugi sebab ketahuilah, lelaki amat berbangga sekali apabila dia dapat meletakkan tangannya keatas tubuh anda sedangkan dia tahu, dia tidak berhak berbuat begitu. Bezanya lelaki dengan wanita, lelaki tidak kehilangan apa2 biar berapa ramai wanita yg berada disekelilingnya, tapi anda pasti rugi setiap kali ada tangan2 yg tidak berhak hinggap di tubuh anda.

Hanya dengan sekali sentuh corak rama-rama sudah boleh musnah, kalau dua kali sentuh mungkin seluruh coraknya tiada, kalau tiga kali sentuh tidak mustahil sayap yg asalnya indah itu terkoyak. Jatuhlah sang rama-rama diatas tanah tanpa siapa mempedulikannya lagi. Lihatlah kehidupan dari sudut yg begini. Agar dengan itu anda dapat memelihara diri daripada menjadi habuan sang lelaki yg hanya ingin mencalitkan noda keatas diri anda.

Apa untungnya digilai dan diminati, kemudian berkorban sesuatu apabila ditagih atau diragut dengan kasar, kemudian anda ditinggalkan pergi. Di manakah nilai anda setelah jatuh ke tanah dan kedua2 belah sayap anda telah tiada.

Wahai wanita, kasihilah diri anda dengan menjadikan diri anda berharga. Nilai anda tentu terletak pada harga diri yg hanya sanggup dibayar oleh seorang lelaki dengan harga kejujuran. Apalah ertinya digilai kalau yg menggilai hanya lelaki yg tidak tahu diri.

Anda sama sekali tidak berharga biarpun tinggi nilainya di mata lelaki yg tahunya melihat anda sebagai ‘alat’.Tapi anda ibarat mutiara dipuncak bukit di mata seorang lelaki yg jujur. Memang sukar sedikit untuk mencari mereka. Biar terlewat, sebab bersikap pemilih daripada tersalah pilih. Lelaki terbaik tidak mudah ditemui di mana2. Dia satu dalam seribu. Sudah tentu untuk mencarinya payah. Itu lebih baik daripada bertemu insan yg salah, sudahnya hanya mencemarkan hidup anda.

Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka. Biar hidup seorang dan berenang menuju TUHAN dengan selesa dan bahagia, daripada hidup berdua dan merasakan diri masih menggoda untuk semua. Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki tetapi telah hilang maruah diri.

Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi daripada cepat jodohnya tetapi tidak lama ditinggalkan pergi. Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yg terang dan indah daripada sang kelkatu yg menerjah api.

WAHAI WANITA, HARGA DIRI ANDA, ANDA YG MENENTUKAN.

Note: Wanita dijadikan dari tulang rusuk kiri, bukan dari tulang kepala untuk memerintah lelaki dan bukan juga tulang kaki untuk menghamba diri pada lelaki, tetapi tulang yang dekat dengan jantung lelaki…untuk merasai setiap degup jantung lelaki yang mencintainya dengan penuh kehormatan dan kasih sayang.”

Sumber : http://blog.upsi.edu.my/herwana/2010/01/24/harga-diri-wanita/