I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, April 20, 2010

Majlis Makan Malam Mantan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2009 / 2009 dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2010 / 2011 bersama Pengarah IPG Kent


JPP 2009 / 2010 & 2010 / 2011


Dari kiri : Chut Izzaty ( exco disiplin ) , Nurul Hasyima ( NYDP ), Nurfarahain ( exco Helwi )


Bersama Exco Multerin, serta Kesenian dan Kebudayaan


Exco Helwi : Nur Farhana Sairin & Nurfarahain
Smile!!


Pada 19 April yang lalu, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar telah mengadakan Majlis Makan Malam Bersama Pengarah bertempat di Kg. Nelayan. Majlis ini telah dihadiri oleh beberapa orang pensyarah dan tidak ketinggalan juga Mantan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2009 / 2010. Kami, wakil JPP sesi 2010 / 2011 mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengarah IPG kampus Kent, Puan Mary Teresa Kinajil kerana sudi meluangkan masa bersama - sama kami. Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada semua yang terlibat dalam majlis ini sama ada secara langsung atau sebaliknya. Begitu juga dengan mantan JPP yang telah berusaha secara gigih dan proaktif sepanjang perkhidmatan mereka. Tahniah dan syabas diucapkan!!


Cari ikan tepian selasih,
Anak keli main di jeti,
Kami ucapkan terima kasih,
Budi dan bakti tetapp di hati.

Sudah teradat si anak lelaki,
Mati berjuang, berundur jangan,
Berani kami menjunjung adat;
Bukan memberi kata dan puji,
Hanya budi dalam ingatan,
Buat kenangan sepanjang hayat.



Friday, April 9, 2010

Panduan Diet Untuk Golongan Darah A (Siri 2)


Telur dan Produk Olahan susu :
Sesuai :
  • Tiada

Sederhana sesuai :
  • Yogurt, susu kambing, keju mozarella, keju ricotta, telur angsa, dadih, keju feta, telur ayam, mentega, telur puyuh.
Hindari :
  • susu lembu, keju parmesan, keju gouda, keju emmenthal, keju gruyere, blue cheese, mentega, aiskrim.
Minyak dan lemak
Sesuai :
  • Minyak zaitun, minyak tumbuhan
Sederhana sesuai :
  • Minyak kacang soya, minyak bunga matahari, minyak kanola, minyak ikan kod, minyak bijan.
Hindari :
  • minyak kelapa, minyak biji kapas, minyak jagung.

Kekacang dan bijirin
Sesuai :
  • tempe, kacang tanah, biji labu kuning, kacang buncis, tauhu, bihun halus, kacang soya, buah - buahan dan sayur - sayuran.
Sederhana sesuai :
  • kacang almond, kacang pecan, kacang buncis, bijan, kacang macadamia, biji bunga matahari, kacang hazel, chestnut, kacang hijau, kacang panjang.
Hindari :
  • kacang merah, kacang mete, kacang garbanzo, kacang ginjal.

Monday, April 5, 2010

Panduan Diet Untuk Golongan Darah A (Siri 1)


"Golongan darah O membakar lemak dari daging. Manakala golongan darah A menyimpan lemak sehingga berisiko tinggi mendapat penyakit Obesiti. selain itu, golongan ini memiliki asid lambung yang rendah sehingga sukar mencerna daging dan produk olahan susu."



Kajian Dr. Peter D' Adamo mendapati golongan darah A sesuai mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat tinggi dan berlemak rendah. Contohnya buah - buahan dan sayur - sayuran. Hal ini kerana, golongan darah A mudah dijangkiti penyakit diabetes, jantung, dan kanser. Daya tahan penyakit golongan darah A tidak setanding dengan golongan darah O.

Pengambilan makanan yang sesuai menyebabkan golongan darah A memiliki lemak lebih rendah berbanding paras normal. Faktor rendah - tinggi ini berkait rapat mikroorganisma dalam sistem pencernaan.

Golongan darah A mengandungi bentuk darahh yang konsisten. Akibatnya, darah kelihatan lambat mengalir dan berlaaku penumpukan kotoran pada dinding arteri. Hal ini menyebabkan golongan ini berisiko tinggi mendapat serangan penyakit anemia, hati, hempedu, jantung, kanser dan stroke. Golongan darah A dikatakan gagal mengatasi tekanan disebabkan imunisasi sel yang rendah.

Makanan berprotein tinggi seperti DAGING tidak sesuai untuk golongan ini. Makanan yang digalakkan mengandungi anti oksida dan rantaian teratur.

KARBOHIDRAT
Sesuai :
  • Tepung beras, Oat, tepung gandum hitam, mi jepun, roti gandum oat.
Sederhana sesuai :
  • beras putih / merah / hitam, cornflakes, milet, sekoi, kanji, olahan gandum, gandum hancur, teoung ubi, tepung sagu, jagung, tepung gandum, roti.
Hindari :
  • Kulit gandum, benih gandum, flarina.
Jenis Daging

Golongan darah ini tidak sesuai memakan daging dan burung. Produk olahan daging menyebabkan golongan darah A mudah diserang penyakit kanser.
Sesuai :
  • TIADA
Sederhana sesuai :
  • Ayam, ayam belanda.
Hindari :
  • Daging lembu, daging burung, daging angsa, daging kambing, daging arnab, daging kerbau, daging itik.

Makanan Laut

Beberapa jenis ikan sesuai untuk golongan darah A. namun begitu, ikan berwarna putih tidak sesuai untuk golongan darah ini kerana mengandungi lektin yang menjejaskan sistem pencernaan.

Sesuai :
  • Ikan mas, ikan salmon, ikan kod, ikan patin, ikan kerapu, ikan bendeng, ikan lampan jawa, ikan sardin, ikan keli, monkfish.
Sederhana sesuai :
  • Ikan tuna, ikan talapia, kerang, ikan kakap, ikan bandeng, ikan yu, ikan kaloi, ikan halfmoon, ikan sturgeon, ikan trout.
Hindari :
  • sotong, siput, ikan grouper, udang, belut, ketam, udang karang, kepah, tiram.



Sunday, April 4, 2010

PETUA DI DAPUR

HALAU SEMUT
Cara mudah menghalau semut-semut dalam bekas gula ialah dengan menggunakan bawang putih. Ambil sebiji bawang putih dan dipecahkan. Masukkan ke dalam bekas berisi gula dan biarkan semut-semut tersebut keluar dengan sendirinya.

MEMBASUH BUAH-BUAHAN
Untuk menghilangkan kesan bahan kimia pada kulit buah-buahan seperti epal atau pir, basuh buah itu dengan air garam dan bilas dengan air biasa.

BERAS TIDAK ROSAK
Bagi mengelakkan beras berbau hapak dan rosak, masukkan segenggam atau secukupnya cili kering yang sudah dipanaskan di dalam kuali tanpa minyak ke dalam bekas simpanan beras. Tutup rapat.

LEMPENG PISANG


Bahan-bahan:
5 biji pisang (pisang berangan)
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
Strawberry secukupnya untuk bahan taburan (Optional)
1/2 cawan kelapa parut putih
3 sudu besar gula atau secukupnya
Sedikit garam
Sedikit butter

Cara-Caranya:
1. Lenyek pisang hingga halus dan masukkan semua bahan. Gaul sehingga sebati dan ketepikan.
2. Panaskan 1/2 sudu kecil butter, kemudian, ambil sedikit adunan dan tuang atas kuali.
3. Leperkan dan letakkan hirisan strawberry di atas lempeng.
4. Masak hingga garing dan balik-balikkan untuk mendapatkan hasil yang cantik.

MENCERAHKAN KULIT MUKA


Bahan-Bahan:
1)Parutan Lobak merah
2)Kuning Telur
3)Sedikit Air Limau Nipis

Cara:
Campurkan ke semua bahan di atas dan kacau hingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air tanpa menggunakan sebarang pembersih muka.

Amaran: Hasilnya mungkin berbeza antara setiap individu. Sebarang risiko adalah atas tanggungjawab sendiri.

~SeLaMaT MeNcUbA~