I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, August 5, 2010

Helwi Games 2

Helwi Games diteruskan lagi dengan perlawanan Futsal yang mana perlawanan ini merupakan perlawanan antara :

PPISMP BM (c) Sem 1 Ambilan Jun 2010
vs
PPISMP Pra Sekolah Sem 1 Ambilan Jun 2010

Berikut merupakan aksi yang sempat dirakamkan :


Sebelum bermulanya perlawanan



Berjabat tangan sebelum memulakan permainan



Perlawanan berlangsung



Masing - masing mengejar bola



Bertungkus lumus untuk merebut bola.

Untuk Perlawanan Futsal kedua ini, perlawanan ini dimenangi sekali lagi kepada....


PPISMP BM (C) SEM 1 AMBILAN JUN 2010!!!!

Dengan mata 4-0..

Tahniah diucapkan kepada pemenang!!


P/S : Laporan Perlawanan ketiga antara :

PISMP MATHEMATICS SEM 4
VS
PISMP SCIENCE SEM 4

akan di'update' esok, Insyaallah..

Terima kasih kerana memberikan kerjasama dan komitmen yang padu dalam menjayakan perlawanan futsal sebentar tadi..




Tuesday, August 3, 2010

Perlawanan Pertama (FUTSAL)

HELWI GAMES

Salam ukhuwah dan salam perpaduan buat semua. Hari ini, bersamaan 3 Ogos 2010, Exco Helwi telah mengadakan pertandingan Futsal.

Perlawanan Pertama :

PPISMP BM SEM 3 AMBILAN JULAI 2009

VS

PPISMP BM (C) SEM 1 AMBILAN JUN 2010

Berikut merupakan beberapa aksi dan gambar yang sempat dirakamkan buat tatapan pembaca sekalian.. Selamat menonton.. =)



AJK Pengelola sedang membuat persiapan sebelum perlawanan bermula :



2 orang referee yang diimport khas PPISMP PAI SEM 3 :
Mohd. Noor Syazwan Japlus & Omar Ali Saptu.



Taklimat ringkas sebelum perlawanan dimulakan :



Ketika perlawanan sedang berlangsung :



Perlawanan Pertama ini dimenangi oleh : PPISMP BM (C) AMBILAN JUN 2010.. Tahniah diucapkan kepada pemenang.. Perlawanan kedua akan dilaporkan kelak.

..Sekian..


Tuesday, July 27, 2010

Aktiviti Sepanjang Minggu Hadapan Bersempena Dengan Program 1 Kent

Adalah diharapkan agar semua pelatih wanita dapat melibatkan diri.. Terima kasih.. Sebarang pertanyaan sila hubungi terus kepada :

NurFarhana Sairin : 013 - 3267520
Nurfarahain Yahya : 016 - 8450904




Sunday, July 18, 2010

Bulan Kebudayaan Islam


Salam ukhuwah dan selamat menziarah blog Exco Helwi. Sepanjang bulan ini, JPP akan menjalankan Bulan kebudayaan Islam dan Exco Helwi akan menjalankan beberapa aktivit khusus kepada pelatih wanita. Antaranya ialah Helwi Games dan Helwi Nite. Oleh yang demikian, kami dari Exco Helwi mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada semua pelatih wanita.




Wednesday, June 30, 2010

MPPB (DAY 2 n 3)

Day 2 : utk ari ne,, exco helwi terlibat jg ngn Majlis Pembukaan MPPB yang dirasmikan oleh Timbalan Pengarah.

Day 3 : Antara aktiviti yang smpat dirakamkan iaitu LDK drpd Cikgu Ruzaimi. Didapati aktiviti tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan drpd pelatih..





Sekian sahaja untuk hari ini. Terima Kasih.


Monday, June 28, 2010

MPPB (DAY 1)

Salam.. Hari ne merupakan pendaftaran pelajar baru dan bermulalah MPPB..Kesemua Ecxo terlibat dan begitu juga dengan Exco Helwi.. Berikut merupakan antara aktiviti yang sempat dirakamkan :

Aktiviti : Ice Breaking


Berdasarkan pemerhatian kami, kami mendapati bahawa hampir semua pelatih melibatkan diri dalam aktiviti ini. Aktiviti ini diketuai oleh Puan Juliana. Diharapkan agar para pelatih dapat terus melibatkan diri dan "enjoy" dalam mengikuti program @ aktiviti yang diatur selama 1 minggu ini. Sekian.



Sunday, June 20, 2010

Harga Diri Wanita


Renungkanlah..


Jika anda seorang wanita sejati, anda patut berasa rugi sebab ketahuilah, lelaki amat berbangga sekali apabila dia dapat meletakkan tangannya keatas tubuh anda sedangkan dia tahu, dia tidak berhak berbuat begitu. Bezanya lelaki dengan wanita, lelaki tidak kehilangan apa2 biar berapa ramai wanita yg berada disekelilingnya, tapi anda pasti rugi setiap kali ada tangan2 yg tidak berhak hinggap di tubuh anda.

Hanya dengan sekali sentuh corak rama-rama sudah boleh musnah, kalau dua kali sentuh mungkin seluruh coraknya tiada, kalau tiga kali sentuh tidak mustahil sayap yg asalnya indah itu terkoyak. Jatuhlah sang rama-rama diatas tanah tanpa siapa mempedulikannya lagi. Lihatlah kehidupan dari sudut yg begini. Agar dengan itu anda dapat memelihara diri daripada menjadi habuan sang lelaki yg hanya ingin mencalitkan noda keatas diri anda.

Apa untungnya digilai dan diminati, kemudian berkorban sesuatu apabila ditagih atau diragut dengan kasar, kemudian anda ditinggalkan pergi. Di manakah nilai anda setelah jatuh ke tanah dan kedua2 belah sayap anda telah tiada.

Wahai wanita, kasihilah diri anda dengan menjadikan diri anda berharga. Nilai anda tentu terletak pada harga diri yg hanya sanggup dibayar oleh seorang lelaki dengan harga kejujuran. Apalah ertinya digilai kalau yg menggilai hanya lelaki yg tidak tahu diri.

Anda sama sekali tidak berharga biarpun tinggi nilainya di mata lelaki yg tahunya melihat anda sebagai ‘alat’.Tapi anda ibarat mutiara dipuncak bukit di mata seorang lelaki yg jujur. Memang sukar sedikit untuk mencari mereka. Biar terlewat, sebab bersikap pemilih daripada tersalah pilih. Lelaki terbaik tidak mudah ditemui di mana2. Dia satu dalam seribu. Sudah tentu untuk mencarinya payah. Itu lebih baik daripada bertemu insan yg salah, sudahnya hanya mencemarkan hidup anda.

Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka. Biar hidup seorang dan berenang menuju TUHAN dengan selesa dan bahagia, daripada hidup berdua dan merasakan diri masih menggoda untuk semua. Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya daripada dikelilingi lelaki tetapi telah hilang maruah diri.

Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi daripada cepat jodohnya tetapi tidak lama ditinggalkan pergi. Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yg terang dan indah daripada sang kelkatu yg menerjah api.

WAHAI WANITA, HARGA DIRI ANDA, ANDA YG MENENTUKAN.

Note: Wanita dijadikan dari tulang rusuk kiri, bukan dari tulang kepala untuk memerintah lelaki dan bukan juga tulang kaki untuk menghamba diri pada lelaki, tetapi tulang yang dekat dengan jantung lelaki…untuk merasai setiap degup jantung lelaki yang mencintainya dengan penuh kehormatan dan kasih sayang.”

Sumber : http://blog.upsi.edu.my/herwana/2010/01/24/harga-diri-wanita/